Jika diukir dengan segala bahasa
Cinta itu masih tiada sastera buatya,
Jika dilukis dengan segala warna
Cinta itu masih tiada citra baginya.
Tidakkah kerana cintakan TUHAN
insan berkorban dan terkorban?
tanpa cinta lenyaplah agama
Tidakkah kerana cintakan anak
ibu lupakan segala kehendak?
tanpa cinta pupuslah manusia.
Tidakkah kerana cintakan kekasih
insan sanggup hidup tersish?
Tanpa cinta muramlah suasana.
Tidakkah kerana cintakan negara
rakyat sanggup hidup sengsara?
tanpa cinta hapuslah warga.
Dari akar mekar rasa cinta
lahirlah jiwa mesra dan manja,
Dari akar mekar rasa cinta
bahagia dan sengsara menjelma,
Dari akar mekar rasa cinta
munculnya tawa dan air mata.
Cinta itu makhluk TUHAN
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyahduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam.....
No comments:
Post a Comment